วันอังคารที่ 20 สิงหาคม พ.ศ. 2556

‘Allah Ta’ala maha pengampun dan kasihan-belas’


‘Allah Ta’ala maha pengampun dan kasihan-belas
Oleh W.Erfan
          Dikirakan kan kita selalu mendapat rahmat dan nikmat dari Allah s.w.t., khususnya rahmat yang di kurniakan kepada orang yang melaku kesalahan, supaya mereka dapat mengembali diri daripada kejahatan kepada kebaikan serta menyesali atas kesalahan yang di lakukanya itu atau membuat perkara yang di larang oleh Allah s.w.t. Rahmat ini supaya mereka itu kembali menjadi seorang hamba yang baik lagi salih, iaitu rahmat taubat daripada kesalahan yang di lakukannya.
          Orang yang selaku Muslim mesti memeriksa dirinya sendiri setiap masa, di manakah dia tersalah di manakah dia cuwai dalam menunai kewajipan yang sebagai seorang muslim yang hakiki, samada kewajipan terhadap Allah s.w.t. atau kewajipan yang mesti laku terhadap saudaranya sedunia.
          Adapun kewajipan terhadap Allah ialah mengerjakan segala yang di perintahkan oleh Allah dan menjauhi diri daripada perkara yang di larangkannya, serta yakin bahwa apa sahaja yang Allah s.w.t. menyuruhkan kita mengerjakan itu adalah perkara yang bermunafaat dan faedahnya akan kembali kepadanya sendiri, juga yakin bahwa perkara yang di larang oleh Allah itu daripada segala kejahatan, kesemuanya adalah perkara yang tidak baik lagi mudharat dan kemudharatan itu akan menimpai kita sendiri.
          Allah s.w.t. memerintah supaya hambaNya mendirikan solat sehari lima waktu, suruhan ini akan kembali munafaat kepada hamba itu sendiri, yang mana solat itu dapat menenangkan hati seseorang hamba, solat juga dapat mencegah hamba itu daripada melakukan kemunkaran dan semua perkara yang berdosa.
          Allah memerintah supaya hambaNya berpuasa, tentulah natijah baik itu kembali hambaNya, supaya hambaNya menjadi seorang yang berakhlak mulia, badanya sihat seperti mana Rasulullah s.w.t. menerangkan bahwa “Puasalah kamu, nescaya kamu akan sihat”, adapun perintahNya supaya mengeluarkan zakat, iailah supaya membersihkan harta yang di milikinya, dari harta yang bersih akan membersihkan badannya sehingga dapat menambahkan  rezki yang tidak terhitung, juga Allah s.w.t. memerintah supaya mengerjakan Haji di Baitullahilharam, supaya mereka dapat berhimpun di Arafah supaya perhimpunan yang besar tidak ada ibadah yang lain menghimpun hambaNya seperti perhimpunan dari ibadah Haji, tentulah ada faedah yang sangat banyak.
          Allah melarangkan hambaNya daripada minum arak (Alkohol), yang bukan hanya namanya arak tetapi semua minuman yang mengandungi atau menimbulkan alcohol (seperti ubat batuk jenis Codein, atau minuman campuran  seperti Air-Ketom, atau lain-lain. Kerana arak itu sangat membahya diri sendiri dan orang lain, hilang akal fikiran, binasa harta benda dan arak juga sebagai punca daripada segala kerusakan, punca daripada kemalangan, Allah melarang melakukan zina, kerana zina itu memusnahkan keturunan lagi punca daripada segala penyakit khususnya penyakit AIDS yang tidak ada ubat untuk mengubat dari dulu hingga sekarang, Allah melarangkan kita daripada melampaui hak-hak orang lain samada terhadap tubuh badan, harta dan kehormatan. Kerana melampauwi hak-hak orang lain punca daripada timbul perseteruan, hilang kesejahteraan, maka apabila sedar dirinya daripada kesalahan maka segeralah bertaubat.
          Oleh itu, orang Muslim yang melakukan kesalahan dengan Allah atau sesama manusia, apabila ia sedar diri maka wajib lah ia taubat, kalau lah kesalahan itu bersangkut dengan anak adam, iaitu saudaranya sendiri maka ia mesti meminta maaf daripada anak adam itu. Mudah-mudahan kita dapat hidup dalam masyarakat yang aman dan damai kerana sifat dan akhlak mulia yang telah di tunjuk-ajar oleh Islam melalui Rasulullah s.a.w. adalah tauladan yang baik, terutama kita hidup dalam masyarakat yang bercampur diantara Muslim dan Budha atau agama-agama lain lagi, dengan akhlak yang mulia ini adalah satu jalan yang dapat menarikan (dakwah) mereka itu kepada Islam agama yang di akui oleh Allah s.w.t.    


    

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น