“Pemimpin dan Pengikut di segi Kasihan-belas”
Oleh W. Erfan
Diantara sifat-sifat yang di tuntuti oleh Islam kepada seseorang umatnya dalam kehidupan secara bermasyarakat ialah sifat kasihan-belas. Sifat kasihan-belas ini bukan hanya ditunti kepada seseorang muslim sesama muslim bahkan dengan orang yang berlainan agama juga. Kerana ini telah di tuntuti oleh agama semenjak dari awal kebangkitan Islam lagi. Khususnya kita berada di negeri yang bercampur dengan agama-agama yang bukan hanya agama Islam, maka wajib kita menjalankan sifat-sifat kasihan-belas ini terhadap mereka yang bukan beragama Islam demi menyebar dan menunjukan bahwa Islam bersifat dengan sifat kasihan-belas terhadap sesama manusia yang berlainan agama, negara, kelompak. Sepertimana kita hidup dalam sebuah negeri Thai terutama. Maka harus kita melambangkan bahwa sesungguhnya Islam adalah agama yang damai, contuhnya sifat kasihan-belas sebagai satu sifat yang di tuntuti oleh Islam terhadap sesama manusia.
Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Imran ayat 159:
Maksudnya: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah s.w.t. (kepada mu wahai Muhammad) engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikut mu) dan kalau lah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari keliling mu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap mu) dan pohunkanlah ampun bagi mereka dan juga bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermusyawarat untuk membuat sesuatu) maka bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihhi orang-orang yang bertakwa kepadanya”.
Kalimah rahmat bererti kasihan-belas, atau berazam supaya orang lain hidup di dalam kesenangan. Dengan rahmat inilah tujuan yang Allah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan agama, sepertimana firmanNya dalam surah al-Ambiyaa’ ayat 107:
Maksudnya: “Dan tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kecuali menjadi rahmat bagi sekelian alam”.
Nabi Muhammad s.a.w. sebagai contuh di setiap bidang hidup samada contuh di segi pemimpin atau pengikut, tak kira beliau di dalam mana keadaan beliau selalu menyebarkan sifat kasihan-belas, kasihan-belas bagi alam dunia, kasihan-belas kepada diri sendiri, menyebarkan rahmat kepada manusia seluruh tidak ketinggalan binatang. Nabi selalu sebarkan sifat kasihan-belas kepada semuanya. Begitu juga terhadap pokok kayu, kolam-kolam air dan seluruh perkara yang berada di dunia ini.
Al-Qur’an mengajarkan kita bahwa bersifat kasihan-belas di dalam hati seseorang, sekiranya seorang itu berada di mana-mana pekerjaan, di mana-mana peringkat, sesorang itu akan di hiasi dengan intan permata, sebaliknya mereka yang tidak ada sifat kasihan-belas, tak kira ia berada di pekerjaan mana atau peringkat mana, perkara itu akan di hancurkan oleh kekasaran dan sifat keras hati yang ada seseorang itu tadi.
Oleh itu kita mesti bersifat dengan sifat kasihan-belas yang di gariskan oleh Islam kepada semua peristiwa, jangan kita membalaskan dengan sifat kejahatan kepada mereka yang melakukan kejahatan, tetapi dengan sifat dan perasaan kasihan belas kepada mereka sehingga mereka meninggal perilaku yang tersebut.
Islam menggalak supaya umatnya pandai berfikir pandai membuat, pandai menukarkan masalah tetapi kesemuanya mesti di bawah garisan agama, tidak benar berfikir buat atau menukar satu-satu masalah sehingga melampaui batasan agama, seperti berfikir dan membuat atau menukar masalah tidak mengikut batasan tertentu, maka yang sedemikian akan timbul permasalah yang bertambahan lagi.
Pada menukaran masalah kita mesti menukarkannya dari punca masalah, seperti masalah keluarga, kita mesti memilih isteri yang salihah supaya menjadi ibu bagi anak kita di masa depan.
Setiap hari yang kita masih hidup mestilah kita memilih sebaik-baik perkara untuk kehidupan kita, mencakup masalah kedudukan sesuai dengan ajaran agama, maka cara manakah yang baik dan elok untuk kita, maka kita pilihlah yang sebaik-baik itu.
Kita mesti menjaga baik semua anggota kita, tentulah kita yang memerintahnya setiap mata, telinga, lidah dan semuanya, seterusnya, maka kita pilihlah perkara yang baik bagi perkara yang tersebut. Dengar, lihat dan bertutur hanya yang baik, begitu juga nafas yang kita sedang bernafas ini mestilah setiap nafas yang keluar itu tidak sia-sia, bahkan setiap kali bernafas, bernafas dengan berzikir kepada Allah s.w.t. kerana setiap kali kita bernafas akan di sual oleh Allah di hari pembalasan nanti. Oleh itu marilah kita berusaha supaya setiap kali yang nafas kita maka diikuti dengan ‘Lailaha Illallah’ dan begitu juga setiap kali nafas kita masuk maka diikuti oleh kalimah ‘Lailaha Illallah’ yakinlah bahwa sekira kita melatih diri kita dengan yang demikian, satu hari kita akan berjaya dengan tersendiri.
Orang yang menjadi pemimpin atau pengikut di mana saja mereka berada di situlah ada kesenangan dalam hidup, perkara ini kita tidak perlu bimbang atau berfikir untuk orang lain bahkan kita usaha diri kita dahulu supaya sifat kasihan itu berada di sanubari kita, sama-samalah kita menjaga diri kita sendiri, supaya dapat menyifati dengan sifat kasihan belas, nescaya masyarakat ini akan menjadi masyarakat yang berbahagia dan aman santosa.
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น