วันศุกร์ที่ 3 พฤษภาคม พ.ศ. 2556

‘Berbakti kepada Dua Ibu-Bapa’

‘Berbakti kepada Dua Ibu-Bapa
Oleh W.Erfan
        إنَّ الحَمْدَ للهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوبُ إلَيْهِ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِ فَلَا هَادِيَلَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُرْشِدًا. أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلّا اللهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهُ، وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى نَبِيِّنَا وحبيبنا المصطفى محُمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ اجمعين.
          أَمَّا بَعْدُ، فيا أيهاالمسلون، اتقوا الله تعالى وأطيعوه وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِيْنَ لله قانتين لعلكم تفلحون. قال تعالى: يَأيُّهَاالَّذِيْنَ ءَامَنُواْ اتَّقُواْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُونَ .
 
Saudara beriman yang di kasihi sekelian!
            Bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan perkara yang di suruhNya dengan sepenuh-penuhnya, dan jauhilah akan perkara yang di larangkanNya yang di tegaskan di dalam al-Qur’anul-karim.
            Orang Islam yang baik itu ialah mereka yang selalu ada sifat benar didalam pendiriannya, kasih di dalam kebenaran dengan tikah-laku dan hati di dalam perkataan perbuatan. Kebenaran membawa kepada jalan yang baik dan perkara yang baik membawa menuju kesyurga. Syurga adalah perkara yang di cita-cita yang tinggi sekali oleh setiap orang Islam. Kebenaran bukanlah sahaja ia sebagai perbuatan yang baik, bukanlah ia adalah kebaikan yang bertuah yang mana setiap orang Islam pasti adanya sahaja, tetapi ia adalah satu perkara untuk menambahkan keimanan juga. Allah s.w.t. menyuruh supaya kita beriman dengan kebenaran dan Allah s.w.t. memuji orang yang ada sifat tersebut sebagaimana firman

Sidang jumaat yang di muliai Allah sekelian!
            Tajuk khutbah pada kali ini ialah berbakti dan berbuat baik kepada dua ibu-bapa, ketahuilah bahawa Allah Ta’ala telah memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada dua ibu-bapa serta melarang keras menderhakainya sebagaimana Allah berfirman di dalam kitabNya dalam surah al-Taubah ayat:119
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t. dan hendaklah kamu berada bersama orang-orang yang benar”
Dan firmanNya lagi dalam surah al-Ahzab ayat 23
Maksudnya: “Orang lelaki yang bersifat benar menunaikan apa yang di janjikannya kepada Allah s.w.t.”
            Berpegang teguh diatas kebenaran dan kesucian hati menjadi ijabiyah bagi mereka yang ada kebaikan yang bertuah ini, seperti:
-          Tenang hati, tidak bergupuh-gapah dan tidak berkeliru. Sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w.
            Ertinya: “Kebenaran itu adalah tenang”
-          Ada keberkatan dan menambahkan rezki. Sebagaimana kata orang “Orang yang benar makan tidak habis, tetapi orang yang menipu makan tidak lama”.
-          Mendapat peringkat yang tinggi di dalam syahid, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.
Maksudnya: “Sesiapa yang berminta daripada Allah s.w.t. supaya menjadi syahid dengan kebenaran, maka Allah s.w.t. akan menyampaikannya keperingkat syahid walaupun ia mati diatas tempat tidurnya”.
-          Mendapat keselamatan daripada perkara yang tidak baik.

Saudara yang beriman sekelian!
Kebaikan pada kebenaran itu kita boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara
  1. Benar dalam percakapan
  2. Benar di dalam pekerjaan dan perhubungan dengan orang lain
  3. Benar di dalam niat
  4. Benar di dalam perjanjian, tidak berdusta
  5. Benar di dalam tikah-laku
           
            Dan satu perkara yang penting lagi bagi orang Islam supaya ia mengambil berat dan selalu berusaha di dalam memeriksai atau membuat kajian natijah bagi dirinya ialah percakapannya pastilah betul dengan perbuatannya. Orang Islam tidak buat sesatu perkara bergelidang dengan percakapannya, lebih-lebih lagi ketua pemerintah di dalam masyarakat, samada ia adalah ketua di dalam hal keamanan, politik, pemerintahan, pelajaran ataupun ketua keluarga yang mana ia adalah yang sangat penting sekali. Percakapan ketua di setiap peringkat membuktikan kepada dirinya dan pengikutnya. Sekiranya ketua yang tersebut tidak ada sifat kebenaran di dalam percakapannya atau perbuatannya seperti cakap yang lain dan buat yang lain, maka ia akan hilang perasaan taruh harapan terhadapnya, dan akhirnya menggungjangkan peringkatnya. Dan sekiranya ia adalah ketua keagamaan maka ia akan di gelarkan dengan ketua yang palsu oleh kerana pandai nengajar orang lain tetapi dirinya sendiri tidak buat. Tetapi sekiranya ia adalah ketua dalam politik maka ia adalah pemerintah yang menipu rakyat, menjadi ahli politik yang berputar-belik, dan sekiranya ia adalah ketua di dalam keluarga maka ia adalah acuan yang rosak. Oleh itu, saudara yang beriman sekelian letakkanlah diri kamu diatas kebenaran dan kesucian. Selalulah mengkajikan diri kita supaya bersecucak dengan percakapan, semoga kita dapat di gelarkan dengan nama as-sodiq iaitu orang yang mempunyai kebenaran terhadap Allah s.w.t.


    بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُم فِى القُرآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِى وَإيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلَاوَتَهُ إنَهُ هُوَ السَمِيْعُ العَلِيْمُ. وَأسْتَغْفِرُاللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤمِنِيْنَ وَالمُؤمِنَاتِ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ فَاسْتَغْفِرُوْهُ إنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيْم.
   

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น